Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:-
- Kota Belanda
- Batu bersurat
- Pantai Puteri Dewi
- Pantai Pasir Bogak
- Teluk Nipah
Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.Gugusan Pulau Pangkor
PANTAI YANG INDAH
BERBAGAI AKTIVITI BOLEH DILAKUKAN....
MEMANCING DI LAUT
SNORKELING
PEMANDANGAN KETIKA MATAHARI TERBENAM
VAN PINK SEDIA MENGAMBIL PELANCONG
SEKITAR PERKAMPUNGAN NELAYAN
- Pulau Mentagor
- Pulau Pangkor Laut
- Pulau Giam (terletak kira-kira 3.8 batu nautika)
Cara ke sana
Untuk pergi ke Pulau Pangkor ada sebuah pangkalan atau jeti di Lumut. Naik feri di Lumut,Selain di Lumut terdapat juga sebuah jeti di Marina Island.- Lebuh raya Ipoh Lumut memudahkan perjalanan dari Ipoh untuk berkelah di Pulau Pangkor. 90 km di Barat daya bandar Ipoh.
- Dari Kuala Lumpur menerusi Lebuh raya Utara Selatan, anda ikut susur keluar di Gopeng dan masuk ke arah Lumut / Sitiawan
- kapal terbang Berjaya Air dari Lapangan Terbang Subang.
Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama .
- 1670: Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan dari negeri Perak. Selalu terjadi aktiviti lanun di Selat Dinding.
- 1874: Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor. Perjanjian ini bersetuju dan mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak. Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga setuju untuk didamaikan dan ini menguntungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris. (SHTI)
Tempat-tempat menarik
- Galeri Sultan Azlan Shah
- Gua Tempurung
- Teluk Nipah
- Pasir Bogak
- Pangkor Laut
- Pulau Sembilan
- Kota Belanda
- Batu Bersurat
- Kilang ikan bilis
- Kuil Kek Lok Tong
- Mata air panas Sungkai
- Teluk Chempedak
- Teluk Penyu
- Pantai Puteri Dewi
- Teluk Belanga
- perkampungan nelayan dan membina bot nelayan
No comments:
Post a Comment